Karnival Sains SK Sebobok 2012



Karnival Sains merupakan salah satu aktiviti tahunan Panitia Sains SK Sebobok. Pada tahun ini karnival ini dilaksanakan pada 16 Oktober 2012 bertempat di Bilik Kelas Tahun 3 dan Tahun 4. Karnival tersebut dipengerusikan oleh Ketua Panitia Sains sendiri iaiti Pn. Patricia Tom sambil dibantu oleh semua guru-guru Sains dan warga SK Sebobok secara amnya.

Majlis Makan Malam di Kalangan Staf 2012



Majlis Makan Malam di kalangan staf SK Sebobok telah diadakan pada 14 November 2012 bertempat di Hotel Kuching Park, Kuching. Majlis ini dimulakan pada jam 7:30 p.m. 

Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah 2012



SK Sebobok telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan di kalangan murid-muridnya pada 8 November 2012 bertempat di bilik kelas Tahun 3 dan Tahun 4. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran En. Avidin Nilos, YDP PIBG dan juga En. Deris Jon, Bendahari PIBG SK Sebobok.

Sejarah Sekolah


SK Sebobok mula ditubuhkan pada tahun 1967 dengan No. Siri AS 1298 di bawah pentadbiran Majlis Tempatan Daerah Bau. Penduduk kampung telah memohon agar sekolah didirikan di kampung kerana selama ini mereka menghantar anak-anak mereka bersekolah di kampung-kampung lain yang jauh dan mempunyai bangunan sendiri. Mereka terpaksa berulang-alik setiap hari dan ini menyebabkan ramai murid yang terpaksa berhenti sekolah.

Pada awalnya, hanya sebuah bilik yang dibina sebagai permulaan dengan beratapkan daun rumbia dan dindingnya diperbuat daripada buluh. Bangunan sekolah didirikan di atas tapak yang sangat kecil dan berbukit. Kelengkapan seperti meja dan kerusi murid juga diperbuat daripada kayu dan buluh. Selain itu, jumlah murid hanyalah seramai 30 orang dan kesemuanya berasal dari kampung ini. Ada di antara murid yang sudah lanjut umur tetapi mereka diberi kebenaran untuk mendapatkan pendidikan pada waktu tersebut.

Bahasa pengantar di sekolah ini pada masa itu ialah Bahasa Inggeris. Guru Besar yang pertama ialah En. Allen Buyong yang berasal dari Serian. Pada ketika itu, beliau seorang sahaja guru yang mengajar. Setelah 3 tahun berkhidmat, beliau berpindah dan diganti oleh En. Joseph Jantan dan penolongnya ialah En. Gani Jonek. Bilik kelas terpaksa dibahagi kepada dua untuk menjadi dua buah kelas (bilik darjah).

Kementerian Pelajaran mengambil alih pentadbiran sekolah pada tahun 1975. Rumah lama dirobohkan dan rumah baru dibina dengan dua bilik kelas dan sebuah pejabat guru . Bahan binaan diangkut dari simpang Stass oleh ahli-ahli PIBG. Rumah guru yang pertama dibina oleh PIBG secara bergotong -royong. Sekolah ini mempunyai 3 buah bilik kelas dengan pengambilan murid 2 tahun sekali sehingga tahun 2000. Pada tahun 2001, bilik kelas bertambah kepada 4 buah. Pada tahun 2003 pula terdapat 5 bilik kelas. Hanya pada tahun 2004, sekolah ini mempunyai 6 bilik kelas.