Pertandingan Bola Sepak 12TKB MSSR Daerah Bau

En. Robert Nyala (Pengurus/Jurulatih)
Felixson (T3), Joheyeh (T5), Emanware (T6) Baxtera (T3), Desmond (T3), Millson (Thn.4), Natep (T4)
Melvin (T4), Brandon (T6), Chars (T5), Rajak (T6) dan Hellme (T4)

Pasukan Bola Sepak SK Sebobok telah menyertai Pertandingan Bola Sepak peringkat 12TKB MSSR Daerah Bau pada 27 Februari 2013 yang lepas. Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelompok Jambusan dan ianya diadakan di dua padang yang berbeza iaitu di  padang SK Bau dan padang SK Simpang Kuda. Pasukan SK Sebobok dibarisi oleh 12 orang pemain dan dibimbing oleh Cikgu Robert Nyala.

Terima Kasih En. Dup Ginjol


Warga SK Sebobok mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala sumbangan yang dicurahkan oleh En. Dup Ginjol semenjak menjadi Guru Besar di SK Sebobok dari tahun 1999 sehinggalah tahun 2012. Beliau telah berpindah ke SK Puak setelah menabur bakti selama lebih 10 tahun di SK Sebobok. Tempat beliau telah digantikan oleh En. Tepos ak Lanju. En. Tepos ak Lanju pula merupakan bekas Guru Besar SK Puak.